Mental Arithmetic Mental Math

Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman

oleh Lina Karim

Buku ini adalah perkongsian daripada pengalaman saya semasa hamil dengan Darwish dan Darwisya. Buku ini juga mengumpulkan pengetahuan saya dari pembacaan semasa hamil bagaimana Mendidik Janin Dengan Kaedah C.E.R.M.I.N bagi merangsang IQ, EQ dan SQ bakal bayi
  • BAB 4 – Menarik Hidayah Allah

BAB 4 – Menarik Hidayah Allah

Setiap dari kita mempunyai masa silam yang hanya diri kita sahaja mengetahuinya selain dari Allah s.w.t. yang Maha Memerhati. Dosa kita kepada manusia lain termasuk suami, ibubapa dan keluarga serta dosa kita kepada Allah akan bertapak dalam diri dan ditanggung oleh kita selagi ia tidak diselesaikan. Dosa ini akan membahang panas kepada bayi yang suci dalam kandungan. Kita ingin seorang anak yang bertaraf ‘wali’ sedangkan diri kita bertaraf pendosa? Dosa ini juga boleh menjadi penghalang kepada doa-doa yang kita panjatkan untuk diri kita dan anak yang kita kandungkan.. (bersambung)

  • Bab 2 – Senario Akhir Zaman

Bab 2 – Senario Akhir Zaman

Saya masih ingat dizaman saya, bila mula ke sekolah pada tahun 80an, kami benar-benar tidak pernah memegang apa yang kanak-kanak dizaman ini pegang. Tidak tahu apa itu komputer, laptop, ipad, ipod, handphone, ps3 dan sebagainya yang semakin hari semakin canggih. Saya mula melihat komputer ketika disekolah menengah di makmal komputer sekolah. Kini zaman telah berubah. Bayi baru lahir sudah ditemankan dengan gadget-gadget canggih ini disekeliling mereka.

Memang teknologi ini datang dan diwujudkan Allah s.w.t.untuk kita dizaman ini. Dunia semakin pendek umurnya. Dengan teknologi ini, Allah memberi ‘tanda’ dan ‘peluang’ kepada manusia untuk memperbuat sebanyak mana pahala atau sebanyak mana dosa sepantas yang mungkin kerana waktuNya semakin singkat. Jika dulu dosa boleh dilakukan jika seseorang itu mula melangkah keluar rumah. Kini didalam rumah, disebuah bilik kecil yang gelap juga boleh melakukan dosa dengan adanya sambungan internet dan alatnya. Itulah zaman anak-anak kita. Zaman yang penuh misteri yang tidak dapat dibayangkan dahulu tetapi pernah diberitakan oleh Rasulullah s.a.w.

Membesarkan anak di zaman generasi yang semakin merudum dengan masalah sosial ini bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Sudah lupus zaman dimana ibu pergi ke sawah bendang, bapa pergi ke laut dan anak akan jadi baik-baik sahaja dirumah.. (bersambung)

  • Norasyidah Mohd Yusoff

    Nibong Tebal

    ✭✭✭✭✩

    Penuh Motivasi & Disiplin

    As salam Pn. Lina,
     
    Alhamdulillah, sekarang kandungan saya telah memasuki bulan ke 7 dan tips yang dikongsi dalam e-buku Pn Lina, baby genius saya jadikan panduan sepanjang tempoh kehamilan. Mudahan usaha kecil saya ini membantu membentuk anak yang menyejukkan hati dan pecinta Al-Quran.
     
    Saya tertarik dengan kesungguhan dan disiplin puan dalam membesarkan darwish & darwisya dan ini memberi motivasi kepada saya untuk mengikut langkah puan dalam cara mendidik anak-anak sedari dalam kandungan untuk dipraktiskan oleh saya antaranya daripada segi pemakanan, pengaruh pendedahan al-quran kepada bayi dlm kandungan dan sebagainya.
     
    Jazakallahu khairan kathira
     
  • Noor Asnida

    Selangor

    ✭✭✭✭✭

    Tertarik Dengan Cara & Semangat

    Assalamualaikum Puan Lina,

    Saya sangat tertarik dengan cara dan semangat puan mendidik 2 orang anak puan. Saya suka penerangan puan berkenaan dengan pendengaran sensitif yang dimiliki oleh bayi sama ada yang telah lahir atau masih di dalam kandungan


linakarim

http:www.islamicparentingnetwork.net


Didalam Islam, mendidik anak bermula dari seorang lelaki memilih calon isteri. Pendidikan dalam Islam bermula dengan sangat teliti hingga permulaannya juga dicadangkan sangat awal. Walau bagaimanapun buku ini tidak mengupas sejauh itu. Buku ini menganggap kita sudah memilih yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Itulah yang terbaik dan sekarang buku ini akan fokus untuk proses pendidikan seterusnya iaitu pendidikan didalam janin. Buku ini adalah perkongsian pengalaman saya dan semua yang ada didalam pengetahuan saya serta apa yang saya praktikkan semasa mengandungkan anak saya Darwish dan Darwisya. Ia adalah perkongsian pengalaman dari sekecil-kecil perkara contoh apa yang saya minum, hinggalah perkara besar contoh gangguan jin dan iblis yang terjadi ketika saya mengandung.

Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman

oleh Lina Karim

Buku ini adalah perkongsian daripada pengalaman saya semasa hamil dengan Darwish dan Darwisya. Buku ini juga mengumpulkan pengetahuan saya dari pembacaan semasa hamil bagaimana Mendidik Janin Dengan Kaedah C.E.R.M.I.N bagi merangsang IQ, EQ dan SQ bakal bayi
close

Home

Leave a Reply

Contact


Search